Rabu, 28 Disember 2011

SEJARAH MASJID AS-SALAM,PJ

Pembinaan Bangunan Masjid oleh Peter's Brickworks Sdn.Bhd di atas tapak seluas 1.32 ekar dan penyerahan kunci bangunan Masjid pada 14 Januari 2006 kepada AJK Penaja dan disaksikan oleh Orang Besar Daerah Petaling ,Datuk Penghulu daerah Petaling dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling.


AJK Penaja mengadakan gotong-royong bersama BOMBA P.Jaya pada 23 Julai 2006. ADUN Tmn.Medan Dato' DR Haji Ab.Wahab bin Hj.Ibrahim menyumbangkan satu Set MIMBAR yang dibeli dari Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz,Petaling Jaya.Masjid ini diberi nama MASJID AS-SALAM oleh Nazir pertama iaitu Ustaz Mohd. Nasir bin Mohd.Idris dan didaftarkan : JAI.SEL.PAIDP(PJ)03/001/28.


Pada 1 Disember 2008 Masjid Jumhuriah Taman Dato Harun dan Masjid As-Salam telah menetapkan persempadanan.Ada lapan buah Surau di dalam Kariah Masjid As-Salam Ia itu : Surau An Nur-Desa Sepakat,Surau Muhajirin Taman Sri Manja,Surau Al Islah Taman Medan Pejasa,Surau Al Istiqlal Pangsapuri Permai,Surau PJS One Kondo PJS one,Surau Hjh Zubaidah PJS One, Surau Al Akhlaqiah Kg Pinang Tunggal dan Surau Taman Perangsang.


Masjid As-Salam PJ ada sebuah Van Jenazah yang disumbangkan oleh BANK RAKYAT,Jalan Tangsi,K.Lumpur pada 25 Januari 2008.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan