Ahad, 25 Disember 2011

Pengurusan Jenazah

" Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati, kemudian kepada 'Akulah dikembalikan "
                                                                                              ( Surah Al Ankabut :57





FOKUS TUGASAN KOMITI

Urusan Kematian.
>   Tindakan bermula dari membuat Laporan Polis sehingga Jenazah sempurna dikebumikan.
>   Mengurus Jenazah ;mengambil Jenazah dari rumah / Hospital untuk dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan.
>   Menghantar Jenazah ke Distinasi yang diminta oleh WARIS samada di dalam Daerah atau ke luar negeri.

Urusan Kebajikan Anak Kariah.
>   Mengurus BADAN KHAIRAT KEMATIAN BERKELOMPOK melalui Skim Insuran Takaful.
>   Mengenalpasti Fakir,Miskin,Anak Yatim,OKU,Warga Emas dan Ibu Tunggal.
>   Mengadakan Lawatan mangsa yang ditimpa musibah samada di rumah atau hospital.
>   Menghadiri taklimat berkenaan Kebajikan anjuran MAIS,JAIS atau PAID. 

AHLI JAWATAN-KUASA KECIL
ENCIK AZMI BIN ABDUL RAHMAN   -   TIMBALAN PENGERUSI
ENCIK MOHD.SHAPRI BIN ISMAIL   -   SETIAUSAHA
ENCIK AHMAD DAUD BIN MD.SALLEH   -   TIM.SETIAUSAHA

PENGURUSAN JENAZAH LELAKI
TUAN HAJI OMAR BIN KHAMIS   -   KETUA
ENCIK AFANDI BIN HUSSIN   -   PEMBANTU
ENCIK KAMARUL BAHRIN BIN YAHYA   -  PEMBANTU
ENCIK SULAIMAN BIN IBRAHIM   -   PEMBANTU
ENCIK MOHD.ZABIDI BIN MOHD.ALI   -   PEMBANTU
ENCIK ABAS BIN AZID   -   PEMBANTU

PENGURUSAN JENAZAH WANITA
PUAN MAIMUNAH BINTI ABDULLAH SANI   -   KETUA
PUAN NORAZIMAH BINTI ABDULLAH   -   PEMBANTU
PUAN AZIZAH BINTI AHMAD   -   PEMBANTU
PUAN ESAH BINTI ABU HASSAN   -   PEMBANTU
PUAN SITI REHIYAH BINTI ABU HASSAN   -   PEMBANTU
PUAN SUMARNI BINTI ABDUL MALEK   -   PEMBANTU

Salam hormat buat semua Muslimin dan Muslimat semuga DiRahmati Allah SWT.
Masjid As-Salam ada menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Bagi Umat Islam setempat dan juga yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

1) Membawa jenazah dari hospital ke destinasi.
2) Memandi dan mengkafankan jenazah.
3) Menyembahyangkan jenazah.
4) Menghantar jenazah ke tanah perkuburan.
5) Menghantar jenazah ke luar daerah atau negeri ( permintaan waris ).

Semua tugas menguruskan jenazah dilakukan oleh pegawai-pegawai khas Masjid As-Salam.

Van jenazah Masjid As-Salam sumbangan BANK RAKYAT.



Bilik khas yang telah disediakan bagi pengurusan jenazah.


Bilik memandi dan mengkafankan jenazah.
Riwayat daripada Ahmad ; Rasullullah SAW bersabda :
Daripada Aisyah r.ha. telah bersabda Rasullullah SAW."sesiapa yang memandikan mayat kemudian dipeliharanya dan tidak diceritakan apa yang ada pada orang mati itu maka bersihlah ia daripada dosa sebagaimana ia baru dilahirkan ."



Bilik menunggu jenazah - disediakan khas untuk ahli keluarga sebelum pengurusan jenazah disempurnakan.

Senarai sumbangan bagi perkhidmatan pengurusan jenazah yang berpatutan untuk semua.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
ENCIK ABDUL TALIB BIN ABDULLAH
HP :  019 369 3388

"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada 'Nya kita kembali "


SKIM KHAIRAT KEMATIAN  INSURAN TAKAFUL IKHLAS SECARA BERKELOMPOK.

Komiti Kebajikan dan Pengurusan Jenazah ada menyediakan satu perkhidmatan secara berkelompok kepada Anak Kariah Masjid As-Salam melalui Insuran Takaful Ikhlas bertujuan memudahkan pembiayaan kos pengurusan jenazah apabila berlaku kematian terhadap Ahli atau Waris Ahli yang didaftarkan.
Borang menjadi ahli boleh didapati melalui Tuan Imam Masjid As-Salam-Tuan Haji Omar bin Khamis selepas Solat Fardhu setiap hari.Yuran penyertaan serta borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 31 JANUARI 2012.
KADAR YURAN PENYERTAAN   :   RM 37.20 BAGI AHLI BARU
                                                                RM 27.20 BAGI AHLI LAMA
"SILA BACA KETERANGAN PADA BORANG YANG DISEDIAKAN. "

"Mati Itu Pasti ,....Hidup InsyaAllah 
dan sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan