Jumaat, 23 Disember 2011

Pentadbiran


FOKUS TUGASAN KOMITI

Pentadbiran Masjid.
>   Memastikan Sistem Pembesar Suara dalam keadaan baik dan berfungsi;
>   Memastikan kebersihan seluruh kawasan Luar dan Dalam Masjid.
>   Kawalan Inventori Masjid.
>   Memastikan semua Peralatan atau Harta Masjid dalam keadaan baik dan selamat.

Perkhidmatan Masjid.
>   Menyediakan bekalan apabila diperlukan.
>   Menyaji makanan untuk penceramah,VIP dan para jemaah.
>   Memastikan kebersihan dalam dan luar Masjid apabila selepas jamuan. 

SET KHAT POTONGAN AYAT AL QURAN DARI SURAH AN NUR.
     Set khat potongan Ayat Al Quran dari surah An Nur ini diperbuat dari plastik dan asalnya menghiasi bahagian dalam Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz,Jalan Templer,Petaling Jaya.Ahli Jawatan-kuasa Masjid As-Salam pada masa itu telah memohon dari Ahli Jawatan-kuasa Masjed Jamek Sultan Abdul Aziz untuk diabadikan di Masjid As-Salam setelah set khat tersebut tidak sesuai lagi dipasang di Masjid Jamek.



KOLAH WUDUK.
     Kolah wuduk ini pada asalnya telah dibina tanpa jubin dan bumbung oleh Pemaju Perumahan - Peters Brickwork's Sdn. Bhd.Bumbung dan jubin ini dipasang setelah mendapat peruntukan dari Pejabat Daerah Petaling.



SET MIMBAR.
     Satu set mimbar berbentuk KAABAH yang dibeli dari Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz,Jalan Templer Petaling Jaya oleh Mantan ADUN TAMAN MEDAN Dato'DR Haji Ab.Wahab bin Ibrahim dan diwakafkan kepada Masjid As-Salam.


DEWAN BAROKAH.
     Dewan Barokah ini juga telah dibina oleh Pemaju Perumahan Peters Brickwork's dan telah dinaik taraf setelah mendapat peruntukan Perdana Menteri Malaysia-Dato'Seri Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 2010.Dewan ini digunakan untuk sidang mesyuarat dan kelas Fardu Ain serta kelas Membaca Al Quran. Boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu masa.



PETI TABUNG MASJID.
     Peti Tabung ini diletakkan pada tiang di dalam ruang solat untuk kemudahan para jemaah membuat sumbangan untuk kegunaan pembangunan masjid.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan