Khamis, 29 Disember 2011

Muka Hadapan

Assalamualaikum...WBT
Selamat Datang Ke Blog Masjid As-Salam Pangsapuri Petaling Permai Petaling Jaya

VISI MASJID AS-SALAM

MENJADIKAN MASJID INI SEBAGAI TEMPAT IBADAH DAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN BAGI MENCARI KEREDAAN ALLAH SWT.



OBJEKTIF MASJID AS-SALAM.

>   MENDIRIKAN SOLAT LIMA WAKTU DENGAN PENUH SYUKUR.
>   MENGIMARAHKAN MASJID DENGAN KULIAH-KULIAH AGAMA.
>   MENGIRATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DAN KASIH SAYANG MELALUI AKTIVITI                  KEMASYARAKATAN.
>   MELAHIRKAN MASYARAKAT CINTAKAN MASJID PADA SETIAP MASA.
>   MENINGKATKAN TAQWA KEPADA ALLAH.


.

Rabu, 28 Disember 2011

SEJARAH MASJID AS-SALAM,PJ

Pembinaan Bangunan Masjid oleh Peter's Brickworks Sdn.Bhd di atas tapak seluas 1.32 ekar dan penyerahan kunci bangunan Masjid pada 14 Januari 2006 kepada AJK Penaja dan disaksikan oleh Orang Besar Daerah Petaling ,Datuk Penghulu daerah Petaling dan Pegawai Tadbir Agama Daerah Petaling.


AJK Penaja mengadakan gotong-royong bersama BOMBA P.Jaya pada 23 Julai 2006. ADUN Tmn.Medan Dato' DR Haji Ab.Wahab bin Hj.Ibrahim menyumbangkan satu Set MIMBAR yang dibeli dari Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz,Petaling Jaya.Masjid ini diberi nama MASJID AS-SALAM oleh Nazir pertama iaitu Ustaz Mohd. Nasir bin Mohd.Idris dan didaftarkan : JAI.SEL.PAIDP(PJ)03/001/28.


Pada 1 Disember 2008 Masjid Jumhuriah Taman Dato Harun dan Masjid As-Salam telah menetapkan persempadanan.Ada lapan buah Surau di dalam Kariah Masjid As-Salam Ia itu : Surau An Nur-Desa Sepakat,Surau Muhajirin Taman Sri Manja,Surau Al Islah Taman Medan Pejasa,Surau Al Istiqlal Pangsapuri Permai,Surau PJS One Kondo PJS one,Surau Hjh Zubaidah PJS One, Surau Al Akhlaqiah Kg Pinang Tunggal dan Surau Taman Perangsang.


Masjid As-Salam PJ ada sebuah Van Jenazah yang disumbangkan oleh BANK RAKYAT,Jalan Tangsi,K.Lumpur pada 25 Januari 2008.

Ahad, 25 Disember 2011

Pengurusan Jenazah

" Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati, kemudian kepada 'Akulah dikembalikan "
                                                                                              ( Surah Al Ankabut :57





FOKUS TUGASAN KOMITI

Urusan Kematian.
>   Tindakan bermula dari membuat Laporan Polis sehingga Jenazah sempurna dikebumikan.
>   Mengurus Jenazah ;mengambil Jenazah dari rumah / Hospital untuk dimandi dan dikafankan serta disembahyangkan.
>   Menghantar Jenazah ke Distinasi yang diminta oleh WARIS samada di dalam Daerah atau ke luar negeri.

Urusan Kebajikan Anak Kariah.
>   Mengurus BADAN KHAIRAT KEMATIAN BERKELOMPOK melalui Skim Insuran Takaful.
>   Mengenalpasti Fakir,Miskin,Anak Yatim,OKU,Warga Emas dan Ibu Tunggal.
>   Mengadakan Lawatan mangsa yang ditimpa musibah samada di rumah atau hospital.
>   Menghadiri taklimat berkenaan Kebajikan anjuran MAIS,JAIS atau PAID. 

AHLI JAWATAN-KUASA KECIL
ENCIK AZMI BIN ABDUL RAHMAN   -   TIMBALAN PENGERUSI
ENCIK MOHD.SHAPRI BIN ISMAIL   -   SETIAUSAHA
ENCIK AHMAD DAUD BIN MD.SALLEH   -   TIM.SETIAUSAHA

PENGURUSAN JENAZAH LELAKI
TUAN HAJI OMAR BIN KHAMIS   -   KETUA
ENCIK AFANDI BIN HUSSIN   -   PEMBANTU
ENCIK KAMARUL BAHRIN BIN YAHYA   -  PEMBANTU
ENCIK SULAIMAN BIN IBRAHIM   -   PEMBANTU
ENCIK MOHD.ZABIDI BIN MOHD.ALI   -   PEMBANTU
ENCIK ABAS BIN AZID   -   PEMBANTU

PENGURUSAN JENAZAH WANITA
PUAN MAIMUNAH BINTI ABDULLAH SANI   -   KETUA
PUAN NORAZIMAH BINTI ABDULLAH   -   PEMBANTU
PUAN AZIZAH BINTI AHMAD   -   PEMBANTU
PUAN ESAH BINTI ABU HASSAN   -   PEMBANTU
PUAN SITI REHIYAH BINTI ABU HASSAN   -   PEMBANTU
PUAN SUMARNI BINTI ABDUL MALEK   -   PEMBANTU

Salam hormat buat semua Muslimin dan Muslimat semuga DiRahmati Allah SWT.
Masjid As-Salam ada menyediakan Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Bagi Umat Islam setempat dan juga yang memerlukan perkhidmatan tersebut.

1) Membawa jenazah dari hospital ke destinasi.
2) Memandi dan mengkafankan jenazah.
3) Menyembahyangkan jenazah.
4) Menghantar jenazah ke tanah perkuburan.
5) Menghantar jenazah ke luar daerah atau negeri ( permintaan waris ).

Semua tugas menguruskan jenazah dilakukan oleh pegawai-pegawai khas Masjid As-Salam.

Van jenazah Masjid As-Salam sumbangan BANK RAKYAT.



Bilik khas yang telah disediakan bagi pengurusan jenazah.


Bilik memandi dan mengkafankan jenazah.
Riwayat daripada Ahmad ; Rasullullah SAW bersabda :
Daripada Aisyah r.ha. telah bersabda Rasullullah SAW."sesiapa yang memandikan mayat kemudian dipeliharanya dan tidak diceritakan apa yang ada pada orang mati itu maka bersihlah ia daripada dosa sebagaimana ia baru dilahirkan ."



Bilik menunggu jenazah - disediakan khas untuk ahli keluarga sebelum pengurusan jenazah disempurnakan.

Senarai sumbangan bagi perkhidmatan pengurusan jenazah yang berpatutan untuk semua.


Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :
ENCIK ABDUL TALIB BIN ABDULLAH
HP :  019 369 3388

"Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada 'Nya kita kembali "


SKIM KHAIRAT KEMATIAN  INSURAN TAKAFUL IKHLAS SECARA BERKELOMPOK.

Komiti Kebajikan dan Pengurusan Jenazah ada menyediakan satu perkhidmatan secara berkelompok kepada Anak Kariah Masjid As-Salam melalui Insuran Takaful Ikhlas bertujuan memudahkan pembiayaan kos pengurusan jenazah apabila berlaku kematian terhadap Ahli atau Waris Ahli yang didaftarkan.
Borang menjadi ahli boleh didapati melalui Tuan Imam Masjid As-Salam-Tuan Haji Omar bin Khamis selepas Solat Fardhu setiap hari.Yuran penyertaan serta borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan pada atau sebelum 31 JANUARI 2012.
KADAR YURAN PENYERTAAN   :   RM 37.20 BAGI AHLI BARU
                                                                RM 27.20 BAGI AHLI LAMA
"SILA BACA KETERANGAN PADA BORANG YANG DISEDIAKAN. "

"Mati Itu Pasti ,....Hidup InsyaAllah 
dan sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan."

Pengurusan

Carta Organisasi Pengurusan Masjid As-Salam

Sabtu, 24 Disember 2011

Pendidikan & Dakwah


FOKUS TUGASAN KOMITI :

>   Pengurusan Kuliah / Pengajian Bulanan,Bulan Ramadhan,Hari Kebesaran Islam dan Ceramah Umum.
>   Menentukan Bilangan dan Menyediakan Jadual Pengajian.
>   Menjemput dan menguruskan Ustaz jemputan.
>   Menyerahkan saguhati Ustaz.

Jumaat, 23 Disember 2011

Pentadbiran


FOKUS TUGASAN KOMITI

Pentadbiran Masjid.
>   Memastikan Sistem Pembesar Suara dalam keadaan baik dan berfungsi;
>   Memastikan kebersihan seluruh kawasan Luar dan Dalam Masjid.
>   Kawalan Inventori Masjid.
>   Memastikan semua Peralatan atau Harta Masjid dalam keadaan baik dan selamat.

Perkhidmatan Masjid.
>   Menyediakan bekalan apabila diperlukan.
>   Menyaji makanan untuk penceramah,VIP dan para jemaah.
>   Memastikan kebersihan dalam dan luar Masjid apabila selepas jamuan. 

SET KHAT POTONGAN AYAT AL QURAN DARI SURAH AN NUR.
     Set khat potongan Ayat Al Quran dari surah An Nur ini diperbuat dari plastik dan asalnya menghiasi bahagian dalam Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz,Jalan Templer,Petaling Jaya.Ahli Jawatan-kuasa Masjid As-Salam pada masa itu telah memohon dari Ahli Jawatan-kuasa Masjed Jamek Sultan Abdul Aziz untuk diabadikan di Masjid As-Salam setelah set khat tersebut tidak sesuai lagi dipasang di Masjid Jamek.



KOLAH WUDUK.
     Kolah wuduk ini pada asalnya telah dibina tanpa jubin dan bumbung oleh Pemaju Perumahan - Peters Brickwork's Sdn. Bhd.Bumbung dan jubin ini dipasang setelah mendapat peruntukan dari Pejabat Daerah Petaling.



SET MIMBAR.
     Satu set mimbar berbentuk KAABAH yang dibeli dari Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz,Jalan Templer Petaling Jaya oleh Mantan ADUN TAMAN MEDAN Dato'DR Haji Ab.Wahab bin Ibrahim dan diwakafkan kepada Masjid As-Salam.


DEWAN BAROKAH.
     Dewan Barokah ini juga telah dibina oleh Pemaju Perumahan Peters Brickwork's dan telah dinaik taraf setelah mendapat peruntukan Perdana Menteri Malaysia-Dato'Seri Najib bin Tun Abdul Razak pada tahun 2010.Dewan ini digunakan untuk sidang mesyuarat dan kelas Fardu Ain serta kelas Membaca Al Quran. Boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu masa.



PETI TABUNG MASJID.
     Peti Tabung ini diletakkan pada tiang di dalam ruang solat untuk kemudahan para jemaah membuat sumbangan untuk kegunaan pembangunan masjid.




Khamis, 22 Disember 2011

Penerangan



Assalamualaikum khusus buat Anak Kariah Masjid As-Salam....
Jangan Lupa Hadir Ke MESYUARAT AGUNG KHAS 
( PELANTIKAN ) SESI JUN 2012 HINGGA MEI 2015 :
                   TARIKH     :     30 MAC 2012   ( JUMAAT )
                   MASA         :     7.00 MALAM - PENDAFTARAN
                                              HINGGA SELESAI.
                   TEMPAT    :     RUANG SOLAT MASJID 
   AS-SALAM

JANGAN SIA-SIAKAN HAK ANDA SEBAGAI SEORANG MUSLIM, KERANA KITA AKAN DITANYA OLEH ALLAH DI KEMUDIAN HARI..
SILA DAPATKAN BORANG  " ANAK KARIAH " DI MASJID BAGI YANG BELUM MENDAFTAR ...KEGAGALAN ANDA BERBUAT DEMIKIAN ... ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENCALON DAN DICALONKAN..
" mudah-mudahan kita sama-sama mengambil ingatan "
terima kasih.

Jumaat, 2 Disember 2011

Aktiviti


Sambutan Maulidur Rasul SAW 2012 anjuran Masjid As Salam akan diadakan seperti ketetapan berikut;


Tarikh         :      6 Februari 2012


Bertempat :      Perkarangan Masjid As Salam


Masa          :      8.00 pagi

JAWATANKUASA PROGRAM.

PENAUNG :  YB. HEE LOY SIAN  -  AHLI PARLIMEN PETALING JAYA SELATAN.
                        YB PUAN HJH. HANIZA BT MOHD. TALHA - ADUN TAMAN MEDAN.

PENASIHAT :  TUAN HAJI ISHAK BIN SALLEH - NAZIR MASJID AS-SALAM P.JAYA.

KETUA URUSETIA : ENCIK YUSUFF BIN ABDUL LATIF.

LAIN-LAIN :  AHLIJAWATANKUASA KERJA PROGRAM.

ATURCARA :

8.00 PAGI  -  Semua Peserta dan para jemaah berkumpul di perkarangan Masjid As-Salam.

8.30 PAGI  -   Bacaan Doa
                   -   Ucapan Alu-aluan oleh YB Hjh.Haniza bt Mohd.Talha
                       ADUN Taman Medan.
                   -   Penerangan kepada peserta perarakan oleh En.Yusuff bin Abdul Latif - Ketua Urusetia.
                   -  Yang Berhormat melepaskan perarakan.
               
9.30 PAGI  -   Pasukan perarakan tiba di perkarangan Masjid As-Salam.
                   -   Para jemputan / tetamu mengambil tempat duduk.

10.00 PAGI -  Talk Show oleh dua orang Ustaz Jemputan.
                        i)   USTAZ AHMAD NAZRI B. MOHD.NAWI
                       ii)   USTAZ FADHIL ZAMANY

11.00 PAGI -  Pengumuman dan Penyampaian Hadiah oleh YB Hee Loy Sian kepada
                        pemenang Perarakan.

11.30 PAGI -  Jamuan dan Bersurai.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi meraikan sambutan tersebut.
KEPADA PARA DERMAWAN BOLEH MENYUMBANG MELALUI AKAUN MASJID :
                                                BANK ISLAM ; 12047010041973 
atau hubungi Bendahari Masjid - EN.AZMI ABDUL RAHMAN : 012 3110939.